Pages

09 April 2015

Nak Kurus Nak Cantik Nak Sihat

[ Set Slimming Shaklee ]


Katakan TIDAK kepada lemak berlebihan, & perut buncit!

1. Lecithin & Omega (BAKAR)
  • Dengan Slimming Set Shaklee, Lecithin dan Omega bertindak untuk membakar lemak berlebihan yang tidak diperlukan badan.
  • Selamat untuk diambil oleh sesiapa sahaja termasuk ibu menyusu.

2. Alfalfa & Herblax (BUANG)
  • Dalam Slimming Set Shaklee, kedua-duanya membantu membuang toksin keluar dari badan. Dalam mana-mana program diet, anda mesti DETOKS dahulu sebab toksin akan menghalang badan anda dari menyerap khasiat baik dari supplement mahupun diet harian
  • Toksin juga salah satu punca kenapa anda gagal turunkan berat badan walaupun telah berdiet. Sesiapa sahaja boleh ambil alfalfa dan herblax, namun alfalfa lebih sesuai untuk ibu menyusu manakala herblax untuk sesiapa sahaja.

3. Cinch & ESP (BINA)
  • Cinch dan ESP dalam Slimming Set Shaklee berfungsi sebagai protein shake yang bertujuan untuk membina otot bagi meningkatkan pembakaran lemak dalam badan dan paling penting untuk elakkan badan menggeleber.
  • Sebagai protein shake, Cinch dan ESP juga memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan secara tidak langsung mengawal nafsu makan. Ya lah.. dah kenyang mesti tak rasa nak makan kan??


Kat atas ni cuma set slimming paling optima.. Tak perlu ambil semua..nak tahu mana yang sesuai..boleh hubungi sy utk dptkan panduan makan dan tips.
.
.
I'm your trusted SID,
Hanim Kujaji
013 2331923
ributdalamcawan.blogspot.com

03 March 2015

5 Sebab ESP Best!!

Assalamualaikum...



Bulan Mac ni bulan paling Hot... Walaupun cuaca panas bulan Mac ni. Panas lagi produk Shaklee yang paling popular ni. Siapa yang pernah makan/consume ESP Shaklee pasti tahu betapa best dan hebat. Boleh buat jatuh cinta berkali kali bila tak minum sehari rasa rindu. Rindu kesannya yang best.. Rindu kesannya yang hebat. Bukan nak hiperbola...tapi dah memang betul..huhu

Mak i kat kampung pon minum ESP tau. 

Siapa yang belum cuba ESP produk paling gojes untuk semua lapisan umur tua muda lelaki wanita boleh cuba. 



5 Sebab ESP best!!!


  • Cantikkan/ Gebukan kulit
  • Pudarkan parut lama dan baru
  • Hilangkan/kurangkan keletihan
  • Sentiasa bertenaga
  • Milk booster bagi ibu menyusu
  • Bantu kawal selera makan
  • Sesuai untuk mereka yang berpuasa
  • Hilangkan jerawat

Ini bukan lima tapi lebih dari lima...best kan!



KEPENTINGAN ESP !

.
Elak daripada penyakit batu karang
Menganjalkan kulit muka
Menguatkan akar dan kesihatan rambut
Mengurangkan pertumbuhan jerawat dan pigmentasi

Memberikan tenaga yang maksima
Memudarkan parut
Meningkatkan kualiti memori
Baik untuk hormon
Awet muda kerana hadirnya amino asid
Merupakan milk booster for a mommy

Menghilangkan stretch mark bagi ibu yang baru bersalin
Baik untuk prostat
Mengandungi protein yang lengkap
Elak daripada kencing manis
Mampu menurunkan berat badan










Jangan malu jangan segan ...saya sedia membantu.. 


Hanim Kujaji


013- 233 1923


FB : Hanim Kujaji
Email: hanimkujaji@gmail.com
SID: 890315
Blog: ributdalamcawan.blogspot.com





28 February 2015

Bantu Kesayangan Anda Dengan Set Sendi

Set lengkap dan terbaik utk sakit sendi + sakit tulang + kekurangan kalsium.


Ostematrik :
-Elak tulang rapuh
-Bantu masalah sembelit
-Bantu utk lawas
-Sesuai utk y kurang gemar minum susu
-Tidur lebih lena
-Bantu masalah kekurangan kalsium.


AJHT:
-Dirumus khas bantu masalah sendi.
-Terbukti secara klinikal kesan seawal lima hari.
-Juga sesuai penggemar aktiviti sukan lasak.
.
.
Boleh hadiahkan untuk ibu bapa yang ada masalah sakit sendi, sakit lutut. InsyaAllah dapat bantu ibu bapa beribadah dgn lebih sempurna dan dpt melancarkan pergerakan seharian mereka.
.
.
.
Meh order dgn sy. Jangan malu jangan segan.
Hanim Kujaji
013 2331923
I'm your trusted Shaklee Independent Distributor.
SID | 890315
ributdalamcawan.blogspot.com

26 February 2015

Asam Pedas Untuk Cinta

Assalamualaikum...


Asam pedas je kot...kenapa nak bangga.. rasanya aku patut bangga sebab jarang buat tapi sekali buat meletup letup kesedapannya. En suami kurang gemar dengan asam pedas.. tapi lepas isteri beliau memasak dengan penuh cinta maka terus jadi menu kegemaran.
.
.

Bagi aku asam pedas menu paling senang...Campak campak terus jadi. cuma rasa asam pedas tu bergantung kepada skill campak mencampak tu... huhu. Biasalah jawatan sebagai domestic engineer ( pemaisuri rumah) kat rumah ni hari hari kena fikir menu...Menu untuk suami..menu untuk anak. Menu diri sendiri jarang ada. hihi.

.
.
.

Meh nak share resepi Asam Pedas paling senang dalam donia..


Resepi Asam Pedas Cinta


Bahan-Bahan

  • Ikan- tak kisah la ikan apa apa. jangan ikan yu je kot sbb mcm ngeri.
  • Cili kisar
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana. Ikut suka laa janji bawang.
  • Bawang Putih 4 ulas.
  • Air asam sejawa dalam semangkuk kecik camtu
  • Daun Kesom ( Lagi banyak lagi sedap)
  • Bunga Kantan & Tomato. Bunga Kantan tak ada pon tak pe.
  • Belacan 
  • Garam gula secukup rasa.
  • Serai

Cara-cara :
  • Bawang putih, merah , halia sikit, belacan tu kisar then tumis bagi garing sikit.
  • Masukkan cili kisar. macam aku pakai 4 sudu besar. Tumis ler sampai pecah minyak.
  • Dah tu masukkan air asam jawa. Bagi mendidih sikit ...
  • Masukkan ikan terus,
  • Campak daun kesom , kantan, serai, tomato gula , garam segala macam tu .
  • Kacau..Rasa..Kacau..Rasa..Bagi mendidih jap...Kacau..Rasa...
  • Selawat 


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa




Boleh hidang dengan telor dadar. hihi. Sekian Terima Kasih.

.
.
.
.
.






Punca Sakit Sendi




Sendi- sendi Manusia

Terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,
siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.



Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
• Berat badan berlebihan
• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
• Penyakit sendi seperti arthritis • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
• Penyakit tulang
• Ketumbuhan
• Jangkitan kuman
• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
• Penyakit kronik
• Ubat-ubatan


....................................................................................................................

Pelbagai faktor yang timbul menyebabkan sakit tulang, sendi otot dan sebagainya...Antaranya kekurangan kalsium. Penyakit ini kerap menyerang orang tua yakni ibu bapa kita yang paling hampir..Mereka mengalami kesukaran untuk bergerak dalam melakukan kerja kerja seharian. Malah turut memberi masalah ketika ingin beribadah yakni melakukan pergerakan sujud dan rukuk. Usaha manusia hanyalah berikhtiar mencegah dan menyembuhkan izin Allah.

Dengan set sendi dari Shaklee InsyaAllah dapat mengurangkan dan menyembuhkan masalah mereka. 











Hanim Kujaji 
013 233 1923
SID | 890315

ributdalamcawan.blogspot.com

25 February 2015

Cinta Hati Oh Mr O.


Assalamualaikum.


Cinta hati yang satu ni memang tak tinggal...setiap malam 4 biji wajib...


Waktu dalam pantang lepas bersalin Alisya... memang terjebak jugak dengan sekejap dgn sembelit...fuhhhhh...seksa masa nak membuang mula mula tu..lepas tu campur dgn fobia trauma ketakutan dgn luka jahitan lps kena gunting ...fuhhhhh....
.
.
Tapi.....semua tu berkurangan dengan pengambilan ostematrik shaklee... amik 4 biji sekali....InsyaAllah memang membantu... 
.
.
Dalam pantang kan...macam macam tak boleh makan... so kena ikhtiar laa cara y paling berkesan dan selamat dan bagus...


Kenapa Ostematrik Shaklee manjadi pilihan?

Antaranya ialah: 


1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Credit Info : http://www.cantiksihatsemulajadi.com


InsyaAllah, saya akan bantu anda ..Whatsapp boleh..Telegram boleh..call boleh...sms boleh...email pon boleh.... 

Your Trusted and Beautiful SID,
Hanim Kujaji 
013 233 1923
SID | 890315
hanimkujaji@gmail.com

06 August 2012

Jangan mencelanya, mungkin suatu hari dia lebih baik darimu.


Assalamulaikum.

رمضان كريم




‎"Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya.. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya."- Ustaz Pahrol.



Bila suka tiada salahnya memuji, biar orang rasa dihargai. Betapa gembiranya dirinya dihargai, bukannya dia mengharap pujian manusia , tapi tiada salahnya. Kita juga kadang kala begitu kan, kerana itu wujudnya istilah terima kasih. Tetapi jangan terlalu mengharap pujian manusia, nanti pasti ada rasa tak bahagia. bukan mintak puji .. hehe

Tapi bila tak suka, jangan mencelanya, tinggalkan dengan baik.Tutup mulut. Doakan dia. Bayangkan kalau kita juga termasuk dalam senarai yang manusia lain tak suka pasti sedih bila dicela.


Kalau kita salah dengan manusia dua kali ganda , salah dengan manusia kalau x mintak maaf, pastu salah dengan Allah. Mana tahu terkutuk orang lain, secara sengaja mencelanya, mengumpat ke. Kena mintak maaf terus supaya kosong-kosong. Seram juga kalau x sempat nk mintak maaf .

Misalnya, terkutuk, mengumpat, mencela, menghina manusia lain, kata yang bukan-bukan. Walaupun dia memang ada salah jugak, dan apa yang kita cela memang betul dia buat, tapi salah dia hanya dengan Allah. Bila dia bertaubat dengan sungguh-sungguh maka Allah ampunkan dia....kita? nak jumpa dia kena minta maaf, itu pon kalau jumpa, pastu salah dengan Allah pulak.. dengan dia kita kena selesaikan jugak. Dua kali kerja.( Pesan untuk diri sendiri jugak ni ). Bahaya kan.

Ohh..memang sukar nak jaga hati sebenarnya..memang susah, kerana hati perlu dibimbing. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. dosa kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan, dosa adik-adikku, ampunkan dosa ahli keluargaku, ampunkan dosa sahabat-sahabatku dan guru-guruku. Amin. 


Ini saja yang mampu beri, bukan sebab nak tunjuk baik.  Semoga bermanfaat. 

Biar Allah yang hitung..  =)



Jangan  mencelanya, merendah-rendahkannya tanpa mendoakannya ke arah kebaikan, kelak mungkin dia lebih baik darimu, kerana yang paling utama bukan pemulaan tapi bagaimana pengakhirannya.


17 June 2012

Jom Jom Jom ada Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakyat jelata.

Maka di suatu masa yang telah ditentukan atas izin Allah Taala akan ada suatu kejadian yang mana memberikan manfaat yang amat banyaknya bagi sekian rakyat jelata. 

Ayat serupa zaman kesultanan melayu melaka kononya maka sila jangan ambil peduli. Ok Serius !!

Maka dengan ini dihebahkan kepada seluruh rakyat jelata rakyat Malaysia...jeng jeng jeng...dan mari bantu saya untuk menghebah hebahkan berita ini..Ustaz Azhar Idrus atau UAI akan mengadakan kuliah maghrib beliau di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 23 JUN 2012  hari Sabtu.





Bagi yang belum pernah sampai ke KUIS, pastinya timbul persoalan...Eh Eh , kat mana pulak dah nie? area mana nie? nak exit tol mana weh? hihihihihi

Untuk lebih memudahkan , disertakan juga peta untuk ke lokasi supaya tidak sesat mengambil masa yang lama dalam perjuangan untuk mencari ilmu . 


Boleh klik ini juga :  >   http://www.kuis.edu.my

Dan secara lisannya , kiranya kalau kurang faham melihat peta nie, mungkin kurang jelas pada pandangan mataku juga, =)  maka ada kaedah lain la, yang kat bawah ni jawapannya ...


TARIKH : 23 JUN 2012 (SABTU)

TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR,
(KUIS), BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG,SELANGOR. 
Jalan ke KUIS: (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor):



Dari Kuala Lumpur melalui tol sungai besi terus sahaja...sehingga nampak persimpangan bukit mahkota, exit situ, kemudian, keluar dari tol akan nampak trafik light, masuk kiri kemudian depan sikit akan nampak trafik light ke dua, masuk kanan kemudian depan sikit akan nampak KUIS, andai kata sesat, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di dalam banner ini ye

atau hubungi saifullah : 013-6776143 & adilah: 013-2174958.


Ok. Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Allah Memberkati =)



Assalamualaikum =) =)

06 February 2012

Hati Dirobek Robek Oleh Rasa Ingin Tahu

Assalamualaikum =)

Hari ini  13 Rabiulawal 1433...6 Febuari 2012, semalamnya Ulangtahun Kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Seperti minggu-minggu terdahulu bila cuti menjelma maka saya seperti biasa tidak masih tidak pulang ke kampung..berhujung minggu dengan cuti jumaat sabtu ahad isnin selasa, hostel sunyi sepi seronok tak terhingga rasa hati, kali ini tidak berseorang, ditemani sahabat perjuangan Kuna, Dila Jelita, Adawiyah kemudian muncul Said di permulaan malam ahad...(amboi ayat canggih sangat  pulak, baca dua kali x faham ! haha )

Hari hari cuti dilalui dengan penuh faedah, dari perbincangan ilmiah, perkongsian kisah-kisah nabi, tokoh serta pahlawan Islam. Perkongsian berbentuk santai tapi penuh makna, kadangkala terasa..kenapa aku masih belum tahu tentang ini, tentang itu, siapa sahabat yang paling dekat dengan nabi..bukan xpernah belajar tapii...entah mungkin ilmunya masih kurang, kurang melazimi mungkin, tapi masih belum terlambat...


Belajar dan terus belajar, baca dan terus baca, baca biar masuk dalam hati....


Kemudian, dengan bertemankan TV kecil sebesar tapak tangan yang selalu jadi penghibur sehari-hari...stesen pilihan adalah TV Alhijrah...Ya Allah, serius banyak sangat infonya, ilmu bermanfaat, ada pulak Ustaz Don dalam slot tajuk cinta rasul....ceritanya berkenaan dakwah Rasullullah  kepada penduduk Ta'if, ketika dakwah baginda, baginda dilemparkan dengan batu dan najis. Namun baginda tetap senyum dan bersabar malah mendoakan mereka juga...Serius sedih.....Dakwah nabi penuh hikmah..masih terkesan di hati..mengalir air mata .. 


Allahumma sollia'la saiidina Muhammad waa'la aali saiidina Muhammad.......
اللهم صلى على سيدنا محمد ، وعلى آل سيدنا محمد

Cerita lain pulak.......=) Hari tu kan dapat baucer buku kan..seronok kan, lepas tu di Masjid Al-Azhar KUIS ni buat jualan buku-buku yang amat banyaknya..pertama, rambang mata , kedua bila beli pakai "kertas" ni kena bajet betul-betul agar tak tersalah langkah kena keluar duit sendiri pulak nanti (padahal memang dah kena keluar duit sendiri jugak sebab kena tampung wang lebihan daripada nilai baucer tu ..niatnya memang nak guna RM100 sahaja !! haha)..serius x berkira pasal buku tapi kena "berjimat" juga nie..pilih buku yang terbaik antara yang baik-baik..maka hasilnya buku-buku ini.....

Subhanallah..buku ini terbaik...baru mula baca dah jatuh hati.... =)




Ini juga.... mustread

Terbitan MUST READ SDN BHD



Dan ini...Ini buku cadangan dari pensyarah saya  Puan Rabi'ah...kamu bacalah buku ni, sangat bagus...banyak info, menarik, sumber daripada Hadis dan Al -Quran...mesti baca..baik Puan...ni dah beli...



Belum mula baca..InsyaAllah dalam masa terdekat =)  Ini Malay Version..BI pon ada jugak .

Oleh Imran N.Hosen 




Buku ini juga =) Terbitan TELAGA BIRU SDN BHD

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik)



Galeri Ilmu Sdn Bhd by Hilal Asyraf

Yang terakhir dalam slot perkongsian buku-buku hari ini (hehe...slot ke?  ) ialah...Batu Bata kehidupan..

Semoga memberi manfaat =) seratus lagi untuk buku pelajaran pulak...ok..rasa tak  kurang cukup dua ratus , namun Alhamdulillah syukur =)

Sila kunjungi kedai buku berhampiran anda ..pesanan ini tidak berbayar 


Sahabatku Kuna....Thanks sebab lepas tgk entry ko ttg buku maka aku ada idea untuk itu...Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Sahabatku sayang 5 Feb 2012 ( 12 Rabiulawal 1433)






heeeee..Assalamualaikum =)