Assalamulaikum.
رمضان كريم
"Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya.. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya."- Ustaz Pahrol.
Bila suka tiada salahnya memuji, biar orang rasa dihargai. Betapa gembiranya dirinya dihargai, bukannya dia mengharap pujian manusia , tapi tiada salahnya. Kita juga kadang kala begitu kan, kerana itu wujudnya istilah terima kasih. Tetapi jangan terlalu mengharap pujian manusia, nanti pasti ada rasa tak bahagia. bukan mintak puji .. hehe
Tapi bila tak suka, jangan mencelanya, tinggalkan dengan baik.Tutup mulut. Doakan dia. Bayangkan kalau kita juga termasuk dalam senarai yang manusia lain tak suka pasti sedih bila dicela.
Kalau kita salah dengan manusia dua kali ganda , salah dengan manusia kalau x mintak maaf, pastu salah dengan Allah. Mana tahu terkutuk orang lain, secara sengaja mencelanya, mengumpat ke. Kena mintak maaf terus supaya kosong-kosong. Seram juga kalau x sempat nk mintak maaf .
Misalnya, terkutuk, mengumpat, mencela, menghina manusia lain, kata yang bukan-bukan. Walaupun dia memang ada salah jugak, dan apa yang kita cela memang betul dia buat, tapi salah dia hanya dengan Allah. Bila dia bertaubat dengan sungguh-sungguh maka Allah ampunkan dia....kita? nak jumpa dia kena minta maaf, itu pon kalau jumpa, pastu salah dengan Allah pulak.. dengan dia kita kena selesaikan jugak. Dua kali kerja.( Pesan untuk diri sendiri jugak ni ). Bahaya kan.
Ohh..memang sukar nak jaga hati sebenarnya..memang susah, kerana hati perlu dibimbing. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. dosa kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan, dosa adik-adikku, ampunkan dosa ahli keluargaku, ampunkan dosa sahabat-sahabatku dan guru-guruku. Amin.
Ini saja yang mampu beri, bukan sebab nak tunjuk baik. Semoga bermanfaat.
Biar Allah yang hitung.. =)
Jangan mencelanya, merendah-rendahkannya tanpa mendoakannya ke arah kebaikan, kelak mungkin dia lebih baik darimu, kerana yang paling utama bukan pemulaan tapi bagaimana pengakhirannya.
2 orang berkata-kata:
terbaikkk...nasihat yg sering diberi ketika makan brsama...tima kash anggun nem ats perkongsian...syg nem hnya krn ALLAH...yeah gotcha !! =) <3
terbaikkk...nasihat yg sering diberi ketika makan brsama...tima kash anggun nem ats perkongsian...syg nem hnya krn ALLAH...yeah gotcha !! =) <3
Post a Comment