Pages

06 August 2012

Jangan mencelanya, mungkin suatu hari dia lebih baik darimu.


Assalamulaikum.

رمضان كريم




‎"Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya.. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya."- Ustaz Pahrol.



Bila suka tiada salahnya memuji, biar orang rasa dihargai. Betapa gembiranya dirinya dihargai, bukannya dia mengharap pujian manusia , tapi tiada salahnya. Kita juga kadang kala begitu kan, kerana itu wujudnya istilah terima kasih. Tetapi jangan terlalu mengharap pujian manusia, nanti pasti ada rasa tak bahagia. bukan mintak puji .. hehe

Tapi bila tak suka, jangan mencelanya, tinggalkan dengan baik.Tutup mulut. Doakan dia. Bayangkan kalau kita juga termasuk dalam senarai yang manusia lain tak suka pasti sedih bila dicela.


Kalau kita salah dengan manusia dua kali ganda , salah dengan manusia kalau x mintak maaf, pastu salah dengan Allah. Mana tahu terkutuk orang lain, secara sengaja mencelanya, mengumpat ke. Kena mintak maaf terus supaya kosong-kosong. Seram juga kalau x sempat nk mintak maaf .

Misalnya, terkutuk, mengumpat, mencela, menghina manusia lain, kata yang bukan-bukan. Walaupun dia memang ada salah jugak, dan apa yang kita cela memang betul dia buat, tapi salah dia hanya dengan Allah. Bila dia bertaubat dengan sungguh-sungguh maka Allah ampunkan dia....kita? nak jumpa dia kena minta maaf, itu pon kalau jumpa, pastu salah dengan Allah pulak.. dengan dia kita kena selesaikan jugak. Dua kali kerja.( Pesan untuk diri sendiri jugak ni ). Bahaya kan.

Ohh..memang sukar nak jaga hati sebenarnya..memang susah, kerana hati perlu dibimbing. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. dosa kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan, dosa adik-adikku, ampunkan dosa ahli keluargaku, ampunkan dosa sahabat-sahabatku dan guru-guruku. Amin. 


Ini saja yang mampu beri, bukan sebab nak tunjuk baik.  Semoga bermanfaat. 

Biar Allah yang hitung..  =)



Jangan  mencelanya, merendah-rendahkannya tanpa mendoakannya ke arah kebaikan, kelak mungkin dia lebih baik darimu, kerana yang paling utama bukan pemulaan tapi bagaimana pengakhirannya.


17 June 2012

Jom Jom Jom ada Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakyat jelata.

Maka di suatu masa yang telah ditentukan atas izin Allah Taala akan ada suatu kejadian yang mana memberikan manfaat yang amat banyaknya bagi sekian rakyat jelata. 

Ayat serupa zaman kesultanan melayu melaka kononya maka sila jangan ambil peduli. Ok Serius !!

Maka dengan ini dihebahkan kepada seluruh rakyat jelata rakyat Malaysia...jeng jeng jeng...dan mari bantu saya untuk menghebah hebahkan berita ini..Ustaz Azhar Idrus atau UAI akan mengadakan kuliah maghrib beliau di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 23 JUN 2012  hari Sabtu.





Bagi yang belum pernah sampai ke KUIS, pastinya timbul persoalan...Eh Eh , kat mana pulak dah nie? area mana nie? nak exit tol mana weh? hihihihihi

Untuk lebih memudahkan , disertakan juga peta untuk ke lokasi supaya tidak sesat mengambil masa yang lama dalam perjuangan untuk mencari ilmu . 


Boleh klik ini juga :  >   http://www.kuis.edu.my

Dan secara lisannya , kiranya kalau kurang faham melihat peta nie, mungkin kurang jelas pada pandangan mataku juga, =)  maka ada kaedah lain la, yang kat bawah ni jawapannya ...


TARIKH : 23 JUN 2012 (SABTU)

TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR,
(KUIS), BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG,SELANGOR. 
Jalan ke KUIS: (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor):



Dari Kuala Lumpur melalui tol sungai besi terus sahaja...sehingga nampak persimpangan bukit mahkota, exit situ, kemudian, keluar dari tol akan nampak trafik light, masuk kiri kemudian depan sikit akan nampak trafik light ke dua, masuk kanan kemudian depan sikit akan nampak KUIS, andai kata sesat, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di dalam banner ini ye

atau hubungi saifullah : 013-6776143 & adilah: 013-2174958.


Ok. Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Allah Memberkati =)



Assalamualaikum =) =)

06 February 2012

Hati Dirobek Robek Oleh Rasa Ingin Tahu

Assalamualaikum =)

Hari ini  13 Rabiulawal 1433...6 Febuari 2012, semalamnya Ulangtahun Kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Seperti minggu-minggu terdahulu bila cuti menjelma maka saya seperti biasa tidak masih tidak pulang ke kampung..berhujung minggu dengan cuti jumaat sabtu ahad isnin selasa, hostel sunyi sepi seronok tak terhingga rasa hati, kali ini tidak berseorang, ditemani sahabat perjuangan Kuna, Dila Jelita, Adawiyah kemudian muncul Said di permulaan malam ahad...(amboi ayat canggih sangat  pulak, baca dua kali x faham ! haha )

Hari hari cuti dilalui dengan penuh faedah, dari perbincangan ilmiah, perkongsian kisah-kisah nabi, tokoh serta pahlawan Islam. Perkongsian berbentuk santai tapi penuh makna, kadangkala terasa..kenapa aku masih belum tahu tentang ini, tentang itu, siapa sahabat yang paling dekat dengan nabi..bukan xpernah belajar tapii...entah mungkin ilmunya masih kurang, kurang melazimi mungkin, tapi masih belum terlambat...


Belajar dan terus belajar, baca dan terus baca, baca biar masuk dalam hati....


Kemudian, dengan bertemankan TV kecil sebesar tapak tangan yang selalu jadi penghibur sehari-hari...stesen pilihan adalah TV Alhijrah...Ya Allah, serius banyak sangat infonya, ilmu bermanfaat, ada pulak Ustaz Don dalam slot tajuk cinta rasul....ceritanya berkenaan dakwah Rasullullah  kepada penduduk Ta'if, ketika dakwah baginda, baginda dilemparkan dengan batu dan najis. Namun baginda tetap senyum dan bersabar malah mendoakan mereka juga...Serius sedih.....Dakwah nabi penuh hikmah..masih terkesan di hati..mengalir air mata .. 


Allahumma sollia'la saiidina Muhammad waa'la aali saiidina Muhammad.......
اللهم صلى على سيدنا محمد ، وعلى آل سيدنا محمد

Cerita lain pulak.......=) Hari tu kan dapat baucer buku kan..seronok kan, lepas tu di Masjid Al-Azhar KUIS ni buat jualan buku-buku yang amat banyaknya..pertama, rambang mata , kedua bila beli pakai "kertas" ni kena bajet betul-betul agar tak tersalah langkah kena keluar duit sendiri pulak nanti (padahal memang dah kena keluar duit sendiri jugak sebab kena tampung wang lebihan daripada nilai baucer tu ..niatnya memang nak guna RM100 sahaja !! haha)..serius x berkira pasal buku tapi kena "berjimat" juga nie..pilih buku yang terbaik antara yang baik-baik..maka hasilnya buku-buku ini.....

Subhanallah..buku ini terbaik...baru mula baca dah jatuh hati.... =)




Ini juga.... mustread

Terbitan MUST READ SDN BHD



Dan ini...Ini buku cadangan dari pensyarah saya  Puan Rabi'ah...kamu bacalah buku ni, sangat bagus...banyak info, menarik, sumber daripada Hadis dan Al -Quran...mesti baca..baik Puan...ni dah beli...



Belum mula baca..InsyaAllah dalam masa terdekat =)  Ini Malay Version..BI pon ada jugak .

Oleh Imran N.Hosen 




Buku ini juga =) Terbitan TELAGA BIRU SDN BHD

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik)



Galeri Ilmu Sdn Bhd by Hilal Asyraf

Yang terakhir dalam slot perkongsian buku-buku hari ini (hehe...slot ke?  ) ialah...Batu Bata kehidupan..

Semoga memberi manfaat =) seratus lagi untuk buku pelajaran pulak...ok..rasa tak  kurang cukup dua ratus , namun Alhamdulillah syukur =)

Sila kunjungi kedai buku berhampiran anda ..pesanan ini tidak berbayar 


Sahabatku Kuna....Thanks sebab lepas tgk entry ko ttg buku maka aku ada idea untuk itu...Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Sahabatku sayang 5 Feb 2012 ( 12 Rabiulawal 1433)






heeeee..Assalamualaikum =)

23 January 2012

Blog dah basi macam nasi basi

Assalamualaikum

Basi menurut kamus dewan sendiri adalah benda yang dah lama simpan simpan simpan pastu dah buruk..kalau nasi dah jadi bubur boleh makan lagi , tapi kalau nasi dah basi nak bagi ayam pun rasa kesian sangat alahai binatang pun ada perasaan jugak laa....nasi basi rupanya sangat ngeri sebab berlendir-lendir bila bukak penutup periuk tu rasa nak serah diri kat hospital. Semangat pulak dah ceritanya... Kenapa saya cakap tentang basi sebabnya blog ni dah lama tak di 'update'. Jenguk pon tak... mana taknya last ada update entry ogos 2011. sekarang 2012.. ambil masa yang lama.. 

Lesu...........


dah..nak cakap itu je pon. Sayang sungguh dalam kepala memang susah nak ada idea baru untuk menulis...tp tulis menulis ini memang boleh hilangkan tension..memang x tipu..

lagi satu..minggu ni raya cina, saya tak balik rumah, cafe semua tutup, jauh kena merantau berjalan untuk mencari sesuap nasi.

Pastu teringin nak makan limau mandarin.

nak limau pleaseeeeeeeeeee


Wassalam =)