Assalamualaikum...
Asam pedas je kot...kenapa nak bangga.. rasanya aku patut bangga sebab jarang buat tapi sekali buat meletup letup kesedapannya. En suami kurang gemar dengan asam pedas.. tapi lepas isteri beliau memasak dengan penuh cinta maka terus jadi menu kegemaran.
.
.
Bagi aku asam pedas menu paling senang...Campak campak terus jadi. cuma rasa asam pedas tu bergantung kepada skill campak mencampak tu... huhu. Biasalah jawatan sebagai domestic engineer ( pemaisuri rumah) kat rumah ni hari hari kena fikir menu...Menu untuk suami..menu untuk anak. Menu diri sendiri jarang ada. hihi.
.
.
.
Meh nak share resepi Asam Pedas paling senang dalam donia..
Resepi Asam Pedas Cinta
Bahan-Bahan
- Ikan- tak kisah la ikan apa apa. jangan ikan yu je kot sbb mcm ngeri.
- Cili kisar
- 2 biji bawang besar saiz sederhana. Ikut suka laa janji bawang.
- Bawang Putih 4 ulas.
- Air asam sejawa dalam semangkuk kecik camtu
- Daun Kesom ( Lagi banyak lagi sedap)
- Bunga Kantan & Tomato. Bunga Kantan tak ada pon tak pe.
- Belacan
- Garam gula secukup rasa.
- Serai
Cara-cara :
- Bawang putih, merah , halia sikit, belacan tu kisar then tumis bagi garing sikit.
- Masukkan cili kisar. macam aku pakai 4 sudu besar. Tumis ler sampai pecah minyak.
- Dah tu masukkan air asam jawa. Bagi mendidih sikit ...
- Masukkan ikan terus,
- Campak daun kesom , kantan, serai, tomato gula , garam segala macam tu .
- Kacau..Rasa..Kacau..Rasa..Bagi mendidih jap...Kacau..Rasa...
- Selawat
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa
Boleh hidang dengan telor dadar. hihi. Sekian Terima Kasih.
.
.
.
.
.
Punca Sakit Sendi
Sendi- sendi Manusia
Terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,
siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
• Berat badan berlebihan
• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
• Penyakit sendi seperti arthritis • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
• Penyakit tulang
• Ketumbuhan
• Jangkitan kuman
• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
• Penyakit kronik
• Ubat-ubatan
....................................................................................................................
Pelbagai faktor yang timbul menyebabkan sakit tulang, sendi otot dan sebagainya...Antaranya kekurangan kalsium. Penyakit ini kerap menyerang orang tua yakni ibu bapa kita yang paling hampir..Mereka mengalami kesukaran untuk bergerak dalam melakukan kerja kerja seharian. Malah turut memberi masalah ketika ingin beribadah yakni melakukan pergerakan sujud dan rukuk. Usaha manusia hanyalah berikhtiar mencegah dan menyembuhkan izin Allah.
Dengan set sendi dari Shaklee InsyaAllah dapat mengurangkan dan menyembuhkan masalah mereka.