Pages

27 April 2011

Marah itu mudah, sabar itu indah

Salam semua..moga hari ini lebih baek dari hari semalam. Bukan nak bercakap tentang hari tp bagaimana hari-hari yang telah ditempuh...bosankan ayat...sungguh !! ada hati ingin memotivasikan oarang laen sedangkan diri sendiri pon x bermotivasi. Bila ada sesuatu yang mengganggu fikiran setiap sudut itu dirasakan susah, setiap satu itu dirasakan payah. Bukan tidak percaya tetapi lebih kepada sukar untuk menerima.

Ya...kadang-kadang bila orang lain dirundung  masalah lalu merujuk kepada kita maka kita  timbulkan soal sabar.

 "Sabar sabar sabar...jangan cakap tentang sabar, perkataan ini pantang disebut, orang mahukan penyelesaian yang tuntas bukan hanya kata-kata nasihat! ".....(dalam hati alangkah indahkan jika ditelusuri maksud sabar itu)

Padahal konsep sabar yang sebenar bukanlah hanya menongkat dagu atau termenung menunggu apakah penyelesaian y patut ada. Sabar dalam erti kata lain diiringi bersama bijaksana..sepanjang perjalanan dlm penyelesaian itu andai dibawa bersama sabar pasti indah kesannya..memang bukan mudah..saya juga kadang kala begitu payah tetapi tidak salah andai dicuba..Allah Maha Mengetahui.. 

Marah itu mudah, sabar itu indah


Saya ingin berkongsi tulisan ustaz Pahrol Mohamad Juoi (SOLUSI) dan saya semakin jatuh cinta dengan hasil penulisannya. Beliau menjelaskan bahawa sabar itu terbahagi kepada tiga:

  1. Sabar dalam menunaikan perintah Allah
  2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah
  3. Sabar dalam menghadapi musibah (ujian ) daripada Allah
Ini jelas terbukti dgn pembahagian sabar ini shj sudah cukup utk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat penghambaan  kpa Allah. Dgn sabar kita akn mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, manakala tnpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.


Apabila hela nafas dirasakan nipis. Maka, 'cuba' untuk berdoa & berserah. Pada baris butiran doa itu kau terus berdoa dan berserah =) 


=)


Salam sayang untuk semua

0 orang berkata-kata: